Assalamualaikumm korang korang yang menyinggah belog aku yang hidup segan mati tak mahu ni . Oh yeah :D Tanak baca takpe janji aku sorang nak membebel . -.-
Jap aku nak bagitahu . Sekarang aku tengah demam . Aku pun tatauu la kenapa virus ini suka sangat bertandang ke badan aku . Mungkin badan aku ni umpama tempat percutian keluarga kot . Mungkin ada waterfall ( waterpark kau ) , hotel2 ternama atau laut atau homestay ? Dah dah jangan mengarut . So tadi pergi klinik ( aku tak suka doktor tu ) . Doktor tu cakap aku memang demam . Dahtu kalau tak demam buat ape aku pergi klinik ? Ada aku bukak silat nie karang . Sekian , mukadimahnya . Kbai :D
Eh eh nanti dulu . Aku belum story morry naik lorry lagi . Dah nak blah . Camtu la korang kenn . Seperti yang sedia maklum , aku nie nampak ayu + comel + cun + super omey deboom deboom ( sila sediakan baldi secukupnya kemungkinan anda akan muntah hijau 3 hari 2 malam ) . Tak tahu lah fakta ke auta kan . Whaha . Kayy , ramai orang cakap dengan aku .
U nie nampak je cun + lemah lembut tapi sbnarnye u kasar kan
Jujurnya aku nak cakap . Yaa , 10 markah untuk anda . Tepuk amai amai belalang tokek sebab anda pandai teka ! Yess dude , Aku memang kasar . Kalau di dunia maya karin pun aku dah nampak cam kasar apatah lagi di dunia luar kawasan yang sewaktu dengannya . Aku kasar mungkin jumlah hormon testoteron aku melebihi hormon wanita biasa . Yeah , kalau nak tahu sila pergi ke sini .
Aku rase sikap kekasaran aku ini bukanlah aku nie pengkid atau tomboy . Mungkin juga disebabkan faktor mak/abah aku yang terlalu inginkan anak lelaki . Yelah , kakak2 aku semua perempuan . Tapi tup tup keluar anak perempuan . So mak aku pun kempunan . wkakakaka . Suka suka je aku buat fakta sendiri . Dan mungkin juga pengaruh dari kakak aku yang kedua . Sewaktu zaman gonjeng gonjengnya , beliau juga kasar dan seperti lelaki . Penemuan saintifik yang telah dijalankan oleh aku semasa hayatnya , beliau suka sangat main skateboard dan roller blade .
Selain minat kepada permainan lelaki , kakak ku yang tercinta nie ada join silat . Hebakk ouhh aku tengok sijil silat diaa . Beliau juga gemar membuat aksi2 kepala kebawah kaki keatas ala ala gaya too phat tu . Entah aku tidak mengerti ketika itu kenapa beliau gemar buat aksi lagak ngeri 18SG tu . Pakaiannya juga lebih kepada ala ala lelaki . Alhamdulillah selepas berkahwin , beliau telah berubah menjadi wanita . HAHAHA . kurang asam tak adik kau nie weh ?
Apabila umur aku meningkat ( bawah 5 tahun ) , aku adalah seorang budak yang nakal bebenor . Kalau kanak kanak perempuan mesti parents depa belikan anak patung Barbie lah , main masak masak lah , ape lah . Aku tak berpeluang pun main semua tu . Demm wehh demm . Aku jelly tengok kawan kawan aku ada menatang tu semua . Aku takde punn . Puiii . Mak aku tak nak pun belikan .
Korang tahu aku main apa time kanak kanak milo dulu ?
Aku main menatang nie .
Nie lah salah satunya . Kena tembak sakit ouhh . Aku pernah tembak mat rempit dengan pistol ni . Ceritanya begini . Aku naik kereta dengan sepupu sepapat aku . Kitorang pun bukak tingkap beso2 even dilarang oleh parents kami . Kononnya nanti kepala tercabut :3
Lepastu ada mat rempit sebelah kereta kitorang . Dia pandang2 kitorang . Aku fikir dia nak usha aku kot tapi tak dapat sebab time tu aku masih mumaiyizz . Lalu sepupu aku kata , " Weh tembak abang sebelah tu ! Tembak ! "
Aku pulak dengan blur blur , " betul ke tembak wehh ? Aku takut ! "
Sepupu aku umpama setan yang menggoda aku , " Tembak jelah ngok ! "
Papp ! Picu dilepaskan . Kena tepat kat pipi abang tu .
Cibai ! Tu lah kata kata terakhir yang aku sempat dengar dari abang tu . Kalau abang tu singgah blog aku nie ( kot la ) aku mintak maap dari hjung rambut ke hjung kaki la ek . muehehe :D Mesti sakit . kahkahkahkah .
Lagi satu pistol yang aku main yang besar and berlampu lampu tu . Pastu bising plak tu . Kalau tekan mesti dia keluar . Fire ! Fire ! Teng teng teng ! Fire ! Teng teng teng ! Feel doe main menatang nie .
Yang lebih fun main panjat2 pokok . Konon terror ah tu feel ala ala Jane , isteri nyer Tarzan tu . Tapi yang parahnya aku tak pandai turun . Demm lagi . Pandai naik tapi x pandai turun . Pastu mesti nenek aku bising , " woii turun turun ! bertuah punya budak ! "
Tipu lah kan kalau kecik kecik aku tak main pondok pondok . Kalau main je , aku mesti pegang watak ayah ( kalau sepupu lelaki aku takde ) tak pun abang . Aku rase nak sepak je kazen2 aku nie tauuu . Cisss , agaknyer selama nie dia tak tahu jantina aku kot .
Bila dah makin meningkat remaja , lagi lah aku kasar nauzubillah . Kalau siapa kenal aku tahu lah aku macam mane kan . Aku minat bola dan suka pakai jersey . Perempuan sekarang pakai jersey sebab lelaki selalu cakap kan , " PEREMPUAN YANG PAKAI JERSEY NAMPAK COMEL LAH :D " . Betul tak ? Betul tak ? Kalau tak betul takpe . Padahal bukan ada game pun nak pakai jersey2 nie .
Famili aku pun suka arah aku buat kerja berat berat . Memang lah aku nie lelaki agaknya ! Haish ! Ada suatu hari tu aku cakap , " Mak nak gunting rambut dah panjang . Rimas " . Ala tak payah lah , baru lah kau nampak cam perempuan . =.=
Sob3 . Apalah nasib diriku yang malang ~
Aku rasa suatu hari nanti aku nak berubah kot . Tunggu masa je . Ape ape pun doakan lah yang terbaik untuk akuu :D
Chowww !
No comments:
Post a Comment
Rajin komen lah . :D