Sunday, 24 June 2012

Kasar dan puncanya :D

Assalamualaikumm korang korang yang menyinggah belog aku yang hidup segan mati tak mahu ni . Oh yeah :D Tanak baca takpe janji aku sorang nak membebel . -.-


Jap aku nak bagitahu . Sekarang aku tengah demam . Aku pun tatauu la kenapa virus ini suka sangat bertandang ke badan aku . Mungkin badan aku ni umpama tempat percutian keluarga kot . Mungkin ada  waterfall ( waterpark kau ) , hotel2 ternama atau laut atau homestay ? Dah dah jangan mengarut . So tadi pergi klinik ( aku tak suka doktor tu ) . Doktor tu cakap aku memang demam . Dahtu kalau tak demam buat ape aku pergi klinik ? Ada aku bukak silat nie karang . Sekian , mukadimahnya . Kbai :D

Eh eh nanti dulu . Aku belum story morry naik lorry lagi . Dah nak blah . Camtu la korang kenn . Seperti yang sedia maklum , aku nie nampak ayu + comel + cun + super omey deboom deboom ( sila sediakan baldi secukupnya kemungkinan anda akan muntah hijau 3 hari 2 malam ) . Tak tahu lah fakta ke auta kan . Whaha . Kayy , ramai orang cakap dengan aku . 

U nie nampak je cun + lemah lembut tapi sbnarnye u kasar kan 

Jujurnya aku nak cakap . Yaa , 10 markah untuk anda . Tepuk amai amai belalang tokek sebab anda pandai teka ! Yess dude ,  Aku memang kasar . Kalau di dunia maya karin pun aku dah nampak cam kasar apatah lagi di dunia luar kawasan yang sewaktu dengannya . Aku kasar mungkin jumlah hormon testoteron aku melebihi hormon wanita biasa . Yeah , kalau nak tahu sila pergi ke sini . 

Aku rase sikap kekasaran aku ini bukanlah aku nie pengkid atau tomboy . Mungkin juga disebabkan faktor mak/abah aku yang terlalu inginkan anak lelaki . Yelah , kakak2 aku semua perempuan . Tapi tup tup keluar anak perempuan . So mak aku pun kempunan . wkakakaka . Suka suka je aku buat fakta sendiri . Dan mungkin juga pengaruh dari kakak aku yang kedua . Sewaktu zaman gonjeng gonjengnya , beliau juga kasar dan seperti lelaki . Penemuan saintifik yang telah dijalankan oleh aku semasa hayatnya ,  beliau suka sangat main skateboard dan roller blade . 


Selain minat kepada permainan lelaki , kakak ku yang tercinta nie ada join silat . Hebakk ouhh aku tengok sijil silat diaa . Beliau juga gemar membuat aksi2 kepala kebawah kaki keatas ala ala gaya too phat tu . Entah aku tidak mengerti ketika itu kenapa beliau gemar buat aksi lagak ngeri 18SG tu . Pakaiannya juga lebih kepada ala ala lelaki . Alhamdulillah selepas berkahwin , beliau telah berubah menjadi wanita . HAHAHA . kurang asam tak adik kau nie weh ?

Apabila umur aku meningkat ( bawah 5 tahun ) , aku adalah seorang budak yang nakal bebenor . Kalau kanak kanak perempuan mesti parents depa belikan anak patung Barbie lah , main masak masak lah , ape lah . Aku tak berpeluang pun main semua tu . Demm wehh demm . Aku jelly tengok kawan kawan aku ada menatang tu semua . Aku takde punn . Puiii . Mak aku tak nak pun belikan . 



Korang tahu aku main apa time kanak kanak milo dulu ?
Aku main menatang nie .


Nie lah salah satunya . Kena tembak sakit ouhh . Aku pernah tembak mat rempit dengan pistol ni . Ceritanya begini . Aku naik kereta dengan sepupu sepapat aku . Kitorang pun bukak tingkap beso2 even dilarang oleh parents kami . Kononnya nanti kepala tercabut :3 

Lepastu ada mat rempit sebelah kereta kitorang . Dia pandang2 kitorang . Aku fikir dia nak usha aku kot tapi tak dapat sebab time tu aku masih mumaiyizz . Lalu sepupu aku kata , " Weh tembak abang sebelah tu ! Tembak ! "
Aku pulak dengan blur blur , " betul ke tembak wehh ? Aku takut ! "
Sepupu aku umpama setan yang menggoda aku , " Tembak jelah ngok ! "
Papp ! Picu dilepaskan . Kena tepat kat pipi abang tu . 

Cibai ! Tu lah kata kata terakhir yang aku sempat dengar dari abang tu . Kalau abang tu singgah blog aku nie ( kot la ) aku mintak maap dari hjung rambut ke hjung kaki la ek . muehehe :D Mesti sakit . kahkahkahkah .


Lagi satu pistol yang aku main yang besar and berlampu lampu tu . Pastu bising plak tu . Kalau tekan mesti dia keluar . Fire ! Fire ! Teng teng teng ! Fire ! Teng teng teng ! Feel doe main menatang nie . 

Yang lebih fun main panjat2 pokok . Konon terror ah tu feel ala ala Jane , isteri nyer Tarzan tu . Tapi yang parahnya aku tak pandai turun . Demm lagi . Pandai naik tapi x pandai turun . Pastu mesti nenek aku bising , " woii turun turun ! bertuah punya budak ! "

Tipu lah kan kalau kecik kecik aku tak main pondok pondok . Kalau main je , aku mesti pegang watak ayah ( kalau sepupu lelaki aku takde ) tak pun abang . Aku rase nak sepak je kazen2 aku nie tauuu . Cisss , agaknyer selama nie dia tak tahu jantina aku kot . 

Bila dah makin meningkat remaja  , lagi lah aku kasar nauzubillah . Kalau siapa kenal aku tahu lah aku macam mane kan . Aku minat bola dan suka pakai jersey . Perempuan sekarang pakai jersey sebab lelaki  selalu cakap kan , " PEREMPUAN YANG PAKAI JERSEY NAMPAK COMEL LAH :D " . Betul tak ? Betul tak ? Kalau tak betul takpe . Padahal bukan ada game pun nak pakai jersey2 nie . 


Famili aku pun suka arah aku buat kerja berat berat . Memang lah aku nie lelaki agaknya ! Haish ! Ada suatu hari tu aku cakap , " Mak nak gunting rambut dah panjang . Rimas " . Ala tak payah lah , baru lah kau nampak cam perempuan . =.=
Sob3 . Apalah nasib diriku yang malang ~

Aku rasa suatu hari nanti aku nak berubah kot . Tunggu masa je . Ape ape pun doakan lah yang terbaik untuk akuu :D

Chowww !



Friday, 22 June 2012

Kenangan main main

Assalamualaikumm para pembaca . Sihatkah anda ? Ada orang ke nak baca blog aku nie >.<
Ehh ehh tak kisah . Okay anak anak ( bajet cikgu indonesia ) hari ni aku nak mengembalikan nostalgia zaman gonjeng gonjeng korang dulu dulu tu . Heh , ingat aku lahir zaman 90-an tak main ke permainan traditional dulu dulu tu ? Sekarang je budak budak main games je . Entah ape best pun aku tak tahu lah .

*fuhh nasib korang tak sedar aku dah post 2 kali hari ni =.='

Zaman kanak-kanak riang aku dulu , bila cuti skolah je mesti aku stay kampung . Maklumlah , kakak2 aku masih belajar dan ibu bapa aku bekerja . Aku hanya menumpang kasih di rumah nenek aku je :( Tapi best woo ada cousin aku sekali tinggal . Memang haruk satu kampung kitorang buat .

First , korang pernah main teng-teng ? Apa tu teng-teng ? Sejenis spesies haiwan yang masih belum ditemuikah ?


Comel pulak gambar teng teng nie . Aku takde mase lah pulak nak lukis lukis bagi korang paham . Dah aku curik je gambo dari pak cik google . Harap lah dia tak report kat polis sebab aku suka curik curik .

Kay , nak main teng-teng ni budak budak hot kampung je main . Kire gang beso la . Aku campur je laki perempuan , tua muda . Yang kaki panjang tu lagi lah aku perdajalkan dia . Contohnye time tengah dalam kesusahan .


Memandangkan takde kt google terpaksa aku lukis even buruk . Nanti korang tak faham cerita aku . Hoho . Nampak tak batu tiga ketul dekat 3 petak pertama tu ? Hah , kalau terjadi macamtu , apa korang nak buat ? Paling tidak korang akan pakai telinga gajah atau tali air kan kat tepi tu ? Kalau syarat2 pernyertaan tak boleh guna tu semua , acano tu ?

Aku sedar aku pendek ketika itu . So , aku main la passing2 dekat abang2 yang tinggi lampai tu .
"Weh gantikan aku boleh ?" kata ku dengan sungguh sopan sambil buat muke comel .
"Boleh dengan syarat kau belanja aku ais krim milo"
*nampak tak permainan dia disitu ?

Dengan penuh keyakinan dan bangga diri nya abang tu pun melompat melangkah ke petak keempat dan kelima . Ternganga kitorang melihat aksi lagak ngeri beliau . Terpegun weh . Kira hebakk ah tu kan .


Selain main teng-teng , aku dan angkatan angkatan aku main lah buaian dekat satu rumah ni . Dia buat boyan beso dekat pokok . Pehh dengan muka tak malu je main kat situ . Laman rumah orang lak tuh . Kitorang buat cam tempat lepak je . Banyak kenangan situ ouh . Aku merajuk lepak situ , takut kena marah dengan nenek , lari situ , makan pergi situ . 


Sampai sekarang , tuan rumah tu carik aku kat facebook . Padahal aku mana main dengan dia dulu dulu . Dia siap tegur lagi , "hai , ni kan yang main buaian dekat rumah saya tu dengan tasha , ieka , haider , and smua name gang aku dia sebut "
Malu seyh . Pastu dia cakap lagi , "awak nie la yang selalu makan nasi lemak dekat buai rumah saya tu kan ?" Demm wehh demm -.-
Mana lah dia ingat aku padahal peristiwa berdarah  bersejarah tu dah lama berlaku .


*saje bukak selera korang malam malam nie


Next , mesti korang suka main galah panjang kan ?



Nie lagi syok seyh lagi lagi campur laki dengan perempuan . Lelaki mula lah kan ambil kesempatan dekat perempuan . Bila perempuan tu nak lalu je , sikit sikit nak touch , buat buat peluk la . Macam lah aku tak tahu corak permainan korang kan ? HAHA . Nasib masa tu aku belum baligh lagi . Masih dikategorikan kanak kanak mumaiyizz . So kalau pegang ke ape ke , kira halal lah kan . wkakakaka xD


Masa kecik kecik dulu jugak selalu main baling baling slipar . Aku pun tak tahu ape function korang susun selipar tu pastu baling . HAHA . sumpah lawak :D 
Ada kejadian malang menimpa aku tatkala aku sedang sibuk menyusun selipar diorang yang busuk lagi tengik nauzubillah tu , papppppp ! Kena sebijik selipar dekat muka aku . Memang naiss kan kan kan ?
Cinabeng punya budak . Dia ingat aku ni spesies selipar beliau kah ?

\
dulu selipar ni lah pemes . mane ade crocs lah , spacro la ~



Aku tak tahu lah ni dikira permainan traditional ke tak sebab aku main zaman aku bebudak .
Permainan dia bernama polis polis . Memandangkan aku yakin kat google takde gambo nyer , so aku kena lukis lagi . Kalau tak camne nak eksplain kat korang kan .





Permainan dia camni , korang kena tulis kat atas kertas kecil jadi "orang awam , polis , penjenayah" . Kalau gang ramai , penjenayah dan orang awam kena tulis banyak . Polis je satu . Penjenayah ni kena bunuh orang awam seberapa banyak yang dia boleh . And korang tak boleh bagitahu korang jadi apa . Kena senyap . Penjenayah tu pun kena kenyit mata secara senyap senyap tanpa pengetahuan orang lain . Sebagai contoh , ada Ali , Chong , Raju , Minah , Jemah , Abu , Bakar


Ali : Penjenayah
Chong : Orang awam
Raju : Orang awam
Minah : Polis
Jemah : Orang awam 
Abu : Orang awam
Bakar : Orang awam

So , ali nie kena kenyit mata dekat orang awam . Kalau betul tekaan dia , orang awam tu akan sebut , "toing toing " . Tu tanda dah mati . Orang awam yang dah mati tu tak leh kasitahu siapa penjenayah sebenar . Kalau dia terkenyit mata dekat polis , polis tu akan ckap , "you're under arrest" . Kalau korang rasa hormon kegatalan korang tu memuncak , cuba ajak kawan2 perempuan main ( bagi lelaki ) . Boleh la dapat kenyit mata kan dekat perempuan ? Bak kata pepatah , Cecah sambal belacan sambil makan budu . *Eh ada ke ?


Tangan aku penat menaip . Aku lukis pakai paint je . Aku mane reti lukis2 macam zackzukhairi tu . Nak kasi penerangan yang mantap sikit sebab dah google takde .

Nanti aku sambung entri lain . Tata

Thursday, 21 June 2012

Introduction

Assalamualaikum . Hai saudara saudari cikeboom cikeboom :D

Pada hari Jumaat yang mulia ini , dengan mata yang mengantuk seperti 3 hari 2 malam kerja jadi guard shift malam , aku gagahkan juga untuk menaip entri di petang ini . Entri first okay first . Aku tahu mukadimah aku sangat teruk . Maklumlah , kat sekolah aku bukan budak sastera , buku karangan pun tak pernah hantar dari awal tahun sampai sekarang . 

Sebenarnya ini blog kedua aku . Kalau siapa pernah follow eyfasigadiscomot.blogspot.com mungkin kau orang kenal lah aku kan ? Blog tu kan gua dah delete sebab banyak sangat kenangan yang buat semak di kepala hongah wan piah aku nie -.-'



Maka , dengan lahirnya blog baru ni , kira aku nak mulakan life baru lah . Umpama mati hidup semula . Ececececeh . Aku tahu even aku tak pernah hantar karangan tapi ayat aku sangat naiss kan ? Nampak tak permainan aku di situ ? Hahahaha *gelak sopan 

Bukan senang nak tulis entri ni . Mau makan 2-3 jam lah jugak . Kalau tak best nanti orang tak nak baca pastu dah mesti blog aku kena banned . " Ahh tak best lah blog Rain tu . Cite tah hape hape " . Sentap okay kalau orang kata camtu . So , maybe blog ni aku nak story pasal pengalaman hidup aku jeh . Mane tahu best ke kan pastu korang nak publish story aku kat novel ke . Kihkihkih . Leh jadi share partner aku .

Now , aku dah taknak tulis pasal hal tak matured ni . Jadah nye tah lah kan . Aku tahu blog aku buruk sebab aku nak yang simple . Malas nak edit macam blog lama aku tu . Perghh , girlish habiss gua ckap sama lu !
Aku nak ubah gaya penulisan aku biar orang faham apa aku nak tulis . Aku juga taknak jadi pencopet gaya penulisan orang . Nie style aku . Aku punya la . Kau punya , kau punya la kan :D
Sorry la kalau entri intro gua ni agak macam karangan budak darjah 1 sebab gua mengantuk gilaaa . Banyak beno agaknya setan ni bergayut kat bulu mata aku yang bak bulu mata unta albino Arab Saudi tu Kahkahkah . Setannnnnnnnnn ! *ala ala citer P.Ramlee tu

Aku rasa cukup lah introduction kat sini . Nak intro lebih lebih add jelah facebook aku . Nak bagi biodata pun boleh . Nak bagi resume pun boleh jugak . Nak bagi duit lagi lah amat dialu-alukan :D

Salam jumaat :)

Follow lah tapi tak paksa pun .